Tuesday, 14 March 2017

PROFIL PELAJAR



PROJEK SAINS KEJURUTERAAN ISLAM 

DUB2012




:MOHD NORHAFIY HAIKAL BIN  NORHIZAN 
:10DTK16F1033



:MUHAMMAD NASRUL NAJMI BIN MOHD SHUKRI
:10DTK16F1083



:MOHAMAD FAIZAL BIN ZAINAL ABIDIN
:10DTK16F1075



:MOHD NAIM ABDULLAH BIN ABD RAHIM
:10DTK16F1014




Monday, 13 March 2017

Pemisahan langit dan bumi




Bukti pemisahan langit dan bumi(teori big bang)




Perkataan "ratq" yang di sini diterjemahkan sebagai "suatu yang padu" digunakan untuk merujuk pada dua zat berbeza yang membentuk suatu kesatuan. Ungkapan "Kami pisahkan antara keduanya" adalah terjemahan kata Arab "fataqa", dan bermakna bahawa sesuatu muncul menjadi ada melalui peristiwa pemisahan atau pemecahan struktur dari "ratq". Percambahan biji dan munculnya tunas dari dalam tanah adalah salah satu peristiwa yang diungkapkan dengan menggunakan kata ini.

Marilah kita kaji ayat ini kembali berdasarkan pengetahuan ini. Dalam ayat tersebut, langit dan bumi adalah subjek dari kata sifat "fatq". Keduanya lalu berasingan ( "fataqa") satu sama lain.

Menariknya, ketika mengingat kembali tahap-tahap awal peristiwa Big Bang, kita fahami bahawa satu titik tunggal mengandungi semua bahan di alam semesta. Dengan kata lain, segala sesuatu, termasuk "langit dan bumi" yang pada masa itu belumlah diciptakan, juga terkandung dalam titik tunggal yang masih berada pada keadaan "ratq" ini.

Titik tunggal ini meledak sangat dahsyat, sehingga menyebabkan materi-materi yang dikandungnya untuk "fataqa" (terpisah), dan dalam rangkaian peristiwa tersebut, bangunan dan tatanan keseluruhan alam semesta terbentuk.

Apabila kita bandingkan penjelasan ayat tersebut dengan berbagai penemuan ilmiah, akan kita fahami bahawa kedua-duanya benar-benar bersesuaian satu sama lain. Yang sungguh menarik lagi, penemuan-penemuan ini belumlah terjadi sebelum abad ke-20.


isu semasa dan terkini:-


NASA menjumpai 7 Planet Mirip Bumi di Luar Tata Surya


Saintis NASA mendapati 'tata suria' baru yang dihuni sejumlah planet asing (exoplanet) diduga mirip dengan Bumi. Badan Antariksa Amerika Syarikat tersebut mencatat, ada kira-kira 7 planet dengan ciri-ciri yang berbeza-beza. Dilansir laman Futurism, Kamis (23/2/2017), 3 dari 7 planet tersebut berjajaran dalam zon layak dihuni.

NASA menyebut zon ini dengan istilah "Goldilocks Zone". Ketiga planet diyakini mempunyai laut pada permukaannya dan boleh menjadi sumber kehidupan utama manusia.NASA masih belum pasti sama ada keempat planet lain juga mempunyai ciri-ciri yang sama dengan 3 planet yang mempunyai lautan tersebut. Pada masa ini, mereka cuba meneliti kewujudan sistem solar itu di European Southern Observatory.

Michaël Gillon, pimpinan penyelidikan di NASA menyatakan bahawa sistem solar tersebut merupakan tata suria dengan planet mirip Bumi yang paling banyak. Bahkan, ia tidak memungkiri bahawa 3 planet yang mempunyai laut itu dapat dihuni manusia."Sistem Suria ini adalah tata suria paling mengesankan yang pernah kami dapati. Bukan kerana planetnya banyak, tetapi kerana mereka mempunyai saiz dan ciri-ciri yang sama seperti Bumi," kata Gillon.

Ia juga memaparkan, sistem suria baru ini terletak dalam jarak 40 juta tahun cahaya dari sistem suria di mana kita berada. Jika dikira untuk mencapai tata suria tersebut, manusia harus memerlukan masa beratus-ratus juta tahun.Ketujuh planet ini berada di dalam formasi bintang ultracool yang disebut "Trappist-1". Setelah dikaji, planet tersebut terdiri dari massa bermaterial batu, bukan gas seperti Musytari. Ketiga planet dengan lautan ini pun diberi nama Trappist-1e, f dan g.Dari ketiga planet tersebut, yang paling sesuai dituntut untuk kediaman manusia adalah Trappist-1f. Pasalnya, planet tersebut mempunyai keluasan lautan yang lebih besar berbanding Trappist 1-f dan g. Hanya saja, planet tersebut lebih sejuk dari Bumi, namun atmosferanya stabil dan cukup untuk gas rumah kaca



Sunday, 12 March 2017

Pengembangan alam semesta

Sejak alam ini wujud melalui ledakan Big Bang, ia terus mengembang hinggalah ke hari ini. Berhubung dengan fenomena ini, dalam surah Az-zariyat ayat 47 Allah menjelaskan:
والسماء بنيناها بأيد وإنا لموسعون

Maksudnya: "Dan langit kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya."

Dalam ayat ini menggunakan ayat muusi'uun. Dalam bahasa arab perkataan muusi'uun berasal daripada perkataan wasa-'a. Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic oleh J Milton Cowan menterjemahkan perkataan wasa-'a sebagai to be wide, roomy, spacious, extensive yang bermaksud 'menjadi besar' atau luas. Justeru Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-azim menyatakan ayat ini bermaksud, "Kami (Allah) meluaskan segenap penjuru langit dan kami meninggikannya tanpa tiang."

Pendapat ini diperkukuhkan lagi oleh As-Seikh Said Hawa di dalam Al-Asas fi al-Tafsir. beliau berkata, "Maksud ayat ini adalah langit ini Allah akan jadikan dalam keadaan mengembang secara berterusan ataupun Allah jadikan ia luas. Ayat ini adalah ayat mukjizat berhubung kejadian alam. Ia menunjukkan ilmu al-Quran jauh ke hadapan, melampaui tempat dan zaman. Justeru, sekiranya ada sesiapa yang masih enggan beramal denagn Quran kerana sombong denagn sains yang dimilikinya, baik sekiranya dia menilai semula dirinya sebelum terlambat. "










isu semasa dan terkini:-

Gambar Terbaru NASA ini Memperlihatkan Kedudukan Bumi Berada di Atas Bulan

Foto terbaru yang diambil oleh pasukan NASA memperlihatkan kedudukan bumi yang berada di atas permukaan bulan




Foto terbaru yang diambil oleh pasukan NASA memperlihatkan posis bumi yang berada di atas permukaan bulan. Foto tersebut diambil menggunakan Lunar Reconnaissance Orbiter (LRO) milik NASA. "Gambar tersebut sangat menakjubkan," kata Noah Petro, Wakil Ketua Projek LRO. Walaupun gambar ini memperlihatkan seolah-olah Bumi naik di atas bulan, namun gambar itu akan berbeza jika kita melihatnya dari sisi bulan. Satu sisi bulan - yang dikenali sebagai nearside - selalu menghadap ke arah Bumi dari perspektif kita kerana kesan yang dikenali sebagai 'kesan kunci pasang surut'. Namun, Bumi tidak pernah benar-benar naik jika dilihat dari perspektif Bulan. Gambar LRO ini merupakan yang paling baru dari sejarah foto "kenaikan Bumi" yang menunjukkan planet kita jika dilihat dari sudut pandang orang-orang atau robot yang telah mengelilinginya. Foto bumi yang berada di atas bulan paling terkenal kemungkinan adalah gambar yang diambil pada 24 Disember 1968 oleh angkasawan Apollo 8. Pada 24 Disember malam, Frank Borman, Jim Lovell dan William Anders mengadakan siaran langsung, memperlihatkan pemandangan Bumi dan Bulan kepada orang-orang di seluruh dunia. Foto terbaru yang memperlihatkan kedudukan bumi berada di atas permukaan bulan ini berasal dari gambar-gambar yang diambil daripada dua kamera berbeza pada 12 Oktober. Diduga kedudukan kamera berada 83 batu di atas permukaan bulan bernama Compton. Untuk menampilakn LRO kenaikan bumi tidak mudah. LRO boleh mengambil 12 foto kenaikan bumi setiap harinya. Namun, pesawat luar angkasa hampir selalu sibuk membentuk imej permukaan bulan sehingga jarang ada kesempatan bagi instrumen kamera untuk menangkap pemandangan Bumi.