Bukti pemisahan langit dan bumi(teori big bang)
Perkataan "ratq" yang di sini diterjemahkan sebagai "suatu yang padu" digunakan untuk merujuk pada dua zat berbeza yang membentuk suatu kesatuan. Ungkapan "Kami pisahkan antara keduanya" adalah terjemahan kata Arab "fataqa", dan bermakna bahawa sesuatu muncul menjadi ada melalui peristiwa pemisahan atau pemecahan struktur dari "ratq". Percambahan biji dan munculnya tunas dari dalam tanah adalah salah satu peristiwa yang diungkapkan dengan menggunakan kata ini.
Marilah kita kaji ayat ini kembali berdasarkan pengetahuan ini. Dalam ayat tersebut, langit dan bumi adalah subjek dari kata sifat "fatq". Keduanya lalu berasingan ( "fataqa") satu sama lain.
Menariknya, ketika mengingat kembali tahap-tahap awal peristiwa Big Bang, kita fahami bahawa satu titik tunggal mengandungi semua bahan di alam semesta. Dengan kata lain, segala sesuatu, termasuk "langit dan bumi" yang pada masa itu belumlah diciptakan, juga terkandung dalam titik tunggal yang masih berada pada keadaan "ratq" ini.
Titik tunggal ini meledak sangat dahsyat, sehingga menyebabkan materi-materi yang dikandungnya untuk "fataqa" (terpisah), dan dalam rangkaian peristiwa tersebut, bangunan dan tatanan keseluruhan alam semesta terbentuk.
Apabila kita bandingkan penjelasan ayat tersebut dengan berbagai penemuan ilmiah, akan kita fahami bahawa kedua-duanya benar-benar bersesuaian satu sama lain. Yang sungguh menarik lagi, penemuan-penemuan ini belumlah terjadi sebelum abad ke-20.
isu semasa dan terkini:-
NASA menjumpai 7 Planet Mirip Bumi di Luar Tata Surya
Saintis NASA mendapati 'tata suria' baru yang dihuni sejumlah planet asing (exoplanet) diduga mirip dengan Bumi. Badan Antariksa Amerika Syarikat tersebut mencatat, ada kira-kira 7 planet dengan ciri-ciri yang berbeza-beza. Dilansir laman Futurism, Kamis (23/2/2017), 3 dari 7 planet tersebut berjajaran dalam zon layak dihuni.
NASA menyebut zon ini dengan istilah "Goldilocks Zone". Ketiga planet diyakini mempunyai laut pada permukaannya dan boleh menjadi sumber kehidupan utama manusia.NASA masih belum pasti sama ada keempat planet lain juga mempunyai ciri-ciri yang sama dengan 3 planet yang mempunyai lautan tersebut. Pada masa ini, mereka cuba meneliti kewujudan sistem solar itu di European Southern Observatory.
Michaƫl Gillon, pimpinan penyelidikan di NASA menyatakan bahawa sistem solar tersebut merupakan tata suria dengan planet mirip Bumi yang paling banyak. Bahkan, ia tidak memungkiri bahawa 3 planet yang mempunyai laut itu dapat dihuni manusia."Sistem Suria ini adalah tata suria paling mengesankan yang pernah kami dapati. Bukan kerana planetnya banyak, tetapi kerana mereka mempunyai saiz dan ciri-ciri yang sama seperti Bumi," kata Gillon.
Ia juga memaparkan, sistem suria baru ini terletak dalam jarak 40 juta tahun cahaya dari sistem suria di mana kita berada. Jika dikira untuk mencapai tata suria tersebut, manusia harus memerlukan masa beratus-ratus juta tahun.Ketujuh planet ini berada di dalam formasi bintang ultracool yang disebut "Trappist-1". Setelah dikaji, planet tersebut terdiri dari massa bermaterial batu, bukan gas seperti Musytari. Ketiga planet dengan lautan ini pun diberi nama Trappist-1e, f dan g.Dari ketiga planet tersebut, yang paling sesuai dituntut untuk kediaman manusia adalah Trappist-1f. Pasalnya, planet tersebut mempunyai keluasan lautan yang lebih besar berbanding Trappist 1-f dan g. Hanya saja, planet tersebut lebih sejuk dari Bumi, namun atmosferanya stabil dan cukup untuk gas rumah kaca


0 comments:
Post a Comment