Pengembangan alam semesta
Sejak alam ini
wujud melalui ledakan Big Bang, ia terus mengembang hinggalah ke hari ini.
Berhubung dengan fenomena ini, dalam surah Az-zariyat ayat 47 Allah
menjelaskan:
والسماء بنيناها
بأيد وإنا لموسعون
Maksudnya:
"Dan langit kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami
benar-benar meluaskannya."
Dalam ayat ini
menggunakan ayat muusi'uun. Dalam bahasa arab perkataan muusi'uun berasal
daripada perkataan wasa-'a. Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic
oleh J Milton Cowan menterjemahkan perkataan wasa-'a sebagai to be wide, roomy,
spacious, extensive yang bermaksud 'menjadi besar' atau luas. Justeru Imam Ibn
Kathir dalam Tafsir al-Quran al-azim menyatakan ayat ini bermaksud, "Kami (Allah)
meluaskan segenap penjuru langit dan kami meninggikannya tanpa tiang."
Pendapat ini
diperkukuhkan lagi oleh As-Seikh Said Hawa di dalam Al-Asas fi al-Tafsir.
beliau berkata, "Maksud ayat ini adalah langit ini Allah akan jadikan
dalam keadaan mengembang secara berterusan ataupun Allah jadikan ia luas. Ayat
ini adalah ayat mukjizat berhubung kejadian alam. Ia menunjukkan ilmu al-Quran
jauh ke hadapan, melampaui tempat dan zaman. Justeru, sekiranya ada sesiapa
yang masih enggan beramal denagn Quran kerana sombong denagn sains yang
dimilikinya, baik sekiranya dia menilai semula dirinya sebelum terlambat.
"
isu semasa dan terkini:-
Gambar Terbaru NASA ini Memperlihatkan Kedudukan Bumi Berada di Atas Bulan
Foto terbaru yang diambil oleh pasukan NASA memperlihatkan posis bumi yang berada di atas permukaan bulan. Foto tersebut diambil menggunakan Lunar Reconnaissance Orbiter (LRO) milik NASA. "Gambar tersebut sangat menakjubkan," kata Noah Petro, Wakil Ketua Projek LRO. Walaupun gambar ini memperlihatkan seolah-olah Bumi naik di atas bulan, namun gambar itu akan berbeza jika kita melihatnya dari sisi bulan. Satu sisi bulan - yang dikenali sebagai nearside - selalu menghadap ke arah Bumi dari perspektif kita kerana kesan yang dikenali sebagai 'kesan kunci pasang surut'. Namun, Bumi tidak pernah benar-benar naik jika dilihat dari perspektif Bulan. Gambar LRO ini merupakan yang paling baru dari sejarah foto "kenaikan Bumi" yang menunjukkan planet kita jika dilihat dari sudut pandang orang-orang atau robot yang telah mengelilinginya. Foto bumi yang berada di atas bulan paling terkenal kemungkinan adalah gambar yang diambil pada 24 Disember 1968 oleh angkasawan Apollo 8. Pada 24 Disember malam, Frank Borman, Jim Lovell dan William Anders mengadakan siaran langsung, memperlihatkan pemandangan Bumi dan Bulan kepada orang-orang di seluruh dunia. Foto terbaru yang memperlihatkan kedudukan bumi berada di atas permukaan bulan ini berasal dari gambar-gambar yang diambil daripada dua kamera berbeza pada 12 Oktober. Diduga kedudukan kamera berada 83 batu di atas permukaan bulan bernama Compton. Untuk menampilakn LRO kenaikan bumi tidak mudah. LRO boleh mengambil 12 foto kenaikan bumi setiap harinya. Namun, pesawat luar angkasa hampir selalu sibuk membentuk imej permukaan bulan sehingga jarang ada kesempatan bagi instrumen kamera untuk menangkap pemandangan Bumi.




0 comments:
Post a Comment