Perkataan "ratq" yang di sini diterjemahkan sebagai "suatu yang padu" digunakan untuk merujuk pada dua zat berbeza yang membentuk suatu kesatuan. Ungkapan "Kami pisahkan antara keduanya" adalah terjemahan kata Arab "fataqa", dan bermakna bahawa sesuatu muncul menjadi ada melalui peristiwa pemisahan atau pemecahan struktur dari "ratq". Percambahan biji dan munculnya tunas dari dalam tanah adalah salah satu peristiwa yang diungkapkan dengan menggunakan kata ini.
Marilah kita kaji ayat ini kembali berdasarkan pengetahuan ini. Dalam ayat tersebut, langit dan bumi adalah subjek dari kata sifat "fatq". Keduanya lalu berasingan ( "fataqa") satu sama lain.
Menariknya, ketika mengingat kembali tahap-tahap awal peristiwa Big Bang, kita fahami bahawa satu titik tunggal mengandungi semua bahan di alam semesta. Dengan kata lain, segala sesuatu, termasuk "langit dan bumi" yang pada masa itu belumlah diciptakan, juga terkandung dalam titik tunggal yang masih berada pada keadaan "ratq" ini.
Titik tunggal ini meledak sangat dahsyat, sehingga menyebabkan materi-materi yang dikandungnya untuk "fataqa" (terpisah), dan dalam rangkaian peristiwa tersebut, bangunan dan tatanan keseluruhan alam semesta terbentuk.
Apabila kita bandingkan penjelasan ayat tersebut dengan berbagai penemuan ilmiah, akan kita fahami bahawa kedua-duanya benar-benar bersesuaian satu sama lain. Yang sungguh menarik lagi, penemuan-penemuan ini belumlah terjadi sebelum abad ke-20.
isu semasa dan terkini:-
NASA menjumpai 7 Planet Mirip Bumi di Luar Tata Surya
Saintis NASA mendapati 'tata suria' baru yang dihuni sejumlah planet asing (exoplanet) diduga mirip dengan Bumi. Badan Antariksa Amerika Syarikat tersebut mencatat, ada kira-kira 7 planet dengan ciri-ciri yang berbeza-beza. Dilansir laman Futurism, Kamis (23/2/2017), 3 dari 7 planet tersebut berjajaran dalam zon layak dihuni.
NASA menyebut zon ini dengan istilah "Goldilocks Zone". Ketiga planet diyakini mempunyai laut pada permukaannya dan boleh menjadi sumber kehidupan utama manusia.NASA masih belum pasti sama ada keempat planet lain juga mempunyai ciri-ciri yang sama dengan 3 planet yang mempunyai lautan tersebut. Pada masa ini, mereka cuba meneliti kewujudan sistem solar itu di European Southern Observatory.
Michaël Gillon, pimpinan penyelidikan di NASA menyatakan bahawa sistem solar tersebut merupakan tata suria dengan planet mirip Bumi yang paling banyak. Bahkan, ia tidak memungkiri bahawa 3 planet yang mempunyai laut itu dapat dihuni manusia."Sistem Suria ini adalah tata suria paling mengesankan yang pernah kami dapati. Bukan kerana planetnya banyak, tetapi kerana mereka mempunyai saiz dan ciri-ciri yang sama seperti Bumi," kata Gillon.
Ia juga memaparkan, sistem suria baru ini terletak dalam jarak 40 juta tahun cahaya dari sistem suria di mana kita berada. Jika dikira untuk mencapai tata suria tersebut, manusia harus memerlukan masa beratus-ratus juta tahun.Ketujuh planet ini berada di dalam formasi bintang ultracool yang disebut "Trappist-1". Setelah dikaji, planet tersebut terdiri dari massa bermaterial batu, bukan gas seperti Musytari. Ketiga planet dengan lautan ini pun diberi nama Trappist-1e, f dan g.Dari ketiga planet tersebut, yang paling sesuai dituntut untuk kediaman manusia adalah Trappist-1f. Pasalnya, planet tersebut mempunyai keluasan lautan yang lebih besar berbanding Trappist 1-f dan g. Hanya saja, planet tersebut lebih sejuk dari Bumi, namun atmosferanya stabil dan cukup untuk gas rumah kaca
Sunday, 12 March 2017
Pengembangan alam semesta
Sejak alam ini
wujud melalui ledakan Big Bang, ia terus mengembang hinggalah ke hari ini.
Berhubung dengan fenomena ini, dalam surah Az-zariyat ayat 47 Allah
menjelaskan:
والسماء بنيناها
بأيد وإنا لموسعون
Maksudnya:
"Dan langit kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami
benar-benar meluaskannya."
Dalam ayat ini
menggunakan ayat muusi'uun. Dalam bahasa arab perkataan muusi'uun berasal
daripada perkataan wasa-'a. Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic
oleh J Milton Cowan menterjemahkan perkataan wasa-'a sebagai to be wide, roomy,
spacious, extensive yang bermaksud 'menjadi besar' atau luas. Justeru Imam Ibn
Kathir dalam Tafsir al-Quran al-azim menyatakan ayat ini bermaksud, "Kami (Allah)
meluaskan segenap penjuru langit dan kami meninggikannya tanpa tiang."
Pendapat ini
diperkukuhkan lagi oleh As-Seikh Said Hawa di dalam Al-Asas fi al-Tafsir.
beliau berkata, "Maksud ayat ini adalah langit ini Allah akan jadikan
dalam keadaan mengembang secara berterusan ataupun Allah jadikan ia luas. Ayat
ini adalah ayat mukjizat berhubung kejadian alam. Ia menunjukkan ilmu al-Quran
jauh ke hadapan, melampaui tempat dan zaman. Justeru, sekiranya ada sesiapa
yang masih enggan beramal denagn Quran kerana sombong denagn sains yang
dimilikinya, baik sekiranya dia menilai semula dirinya sebelum terlambat.
"
isu semasa dan terkini:-
Gambar Terbaru NASA ini Memperlihatkan Kedudukan Bumi Berada di Atas Bulan
Foto terbaru yang diambil oleh pasukan NASA memperlihatkan kedudukan bumi yang berada di atas permukaan bulan
Foto terbaru yang diambil oleh pasukan NASA memperlihatkan posis bumi yang berada di atas permukaan bulan. Foto tersebut diambil menggunakan Lunar Reconnaissance Orbiter (LRO) milik NASA.
"Gambar tersebut sangat menakjubkan," kata Noah Petro, Wakil Ketua Projek LRO.
Walaupun gambar ini memperlihatkan seolah-olah Bumi naik di atas bulan, namun gambar itu akan berbeza jika kita melihatnya dari sisi bulan. Satu sisi bulan - yang dikenali sebagai nearside - selalu menghadap ke arah Bumi dari perspektif kita kerana kesan yang dikenali sebagai 'kesan kunci pasang surut'. Namun, Bumi tidak pernah benar-benar naik jika dilihat dari perspektif Bulan.
Gambar LRO ini merupakan yang paling baru dari sejarah foto "kenaikan Bumi" yang menunjukkan planet kita jika dilihat dari sudut pandang orang-orang atau robot yang telah mengelilinginya. Foto bumi yang berada di atas bulan paling terkenal kemungkinan adalah gambar yang diambil pada 24 Disember 1968 oleh angkasawan Apollo 8. Pada 24 Disember malam, Frank Borman, Jim Lovell dan William Anders mengadakan siaran langsung, memperlihatkan pemandangan Bumi dan Bulan kepada orang-orang di seluruh dunia.
Foto terbaru yang memperlihatkan kedudukan bumi berada di atas permukaan bulan ini berasal dari gambar-gambar yang diambil daripada dua kamera berbeza pada 12 Oktober. Diduga kedudukan kamera berada 83 batu di atas permukaan bulan bernama Compton.
Untuk menampilakn LRO kenaikan bumi tidak mudah. LRO boleh mengambil 12 foto kenaikan bumi setiap harinya. Namun, pesawat luar angkasa hampir selalu sibuk membentuk imej permukaan bulan sehingga jarang ada kesempatan bagi instrumen kamera untuk menangkap pemandangan Bumi.
Assalammualaikum ,kami amat bersyukur kerana dapat menyiapkan projek sains kejuruteraan islam ini pada masa yg ditetapkan. Segala komitmen yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan sangat memuaskan. Kami juga hendak berbanyak terima kasih kepada pensyarah En.Shuhaimi kerana memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan projek ini. Sekian terima kasih.
KONKLUSI
Kesimpulanya, setiap ilmu yang terdapat didunia telah tercatat dalam al-Quran sebelum para pengkaji dapat menjumpainya. Pengkaji islam yang terdahulu telah mengkaji semua ilmu yang tercatat dalam al-Quran setelah mereka mengetahuinya. Mereka telah menguasai kebanyakkan ilmu yang terdapat didalam dunia. Termasuklah ilmu tentang "pemisahan langit dan bumi" dan "pengembangan alam semesta". Ilmu ini telah dikaji semula oleh pengkaji barat ketika ini.